Fasabrun Jamil
What you desire is what you want, what you have is what Allah wants. - Nouman Ali Khan




Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). Surah Hud, ayat 6.

Indeed. Allah knows best.

...

"Allah tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi apa yang kita perlu. Kejayaan dan rezeki yang kita capai hari ini bukanlah sebab 'kita', tapi sebab doa-doa orang disekeliling kita. 

Boleh jadi, doa seorang ibu yang begitu bersungguh-sungguh mahu anaknya berjaya di dunia dan akhirat. Boleh jadi juga daripada doa seorang ayah yang keringatnya diabadikan siang dan malam untuk mencari rezeki; semata-mata untuk melihat anaknya menjadi insan yang soleh dan solehah.

Rezeki itu bukan dilihat dari berapa banyak duit yang kita ada. Tidak. Tapi diukur daripada berapa banyak kita mensyukuri apa yang kita ada. Dan pointnya adalah, bersyukur.

Seorang sahabat pernah memberitahu, setiap pagi apabila mahu melangkah keluar ke pejabat, pandanglah langit. Lihatlah betapa luas rahmat Allah terbentang.

Sebab tak semua orang merasai nikmat yang sama dengan kita. Tak semua orang bertuah keluar pada waktu pagi dan berjalan. Tak semua orang mampu memilih sarapan yang dia mahukan. Betul, rahmat Allah itu luas. Tinggal bersyukur atau tidak sahaja :-)



“Time of difficulty test our faith, our fortitude and our strength. During these times, the level of our imaan becomes manifest” - Yasmin Mogahed