Fasabrun Jamil
Siapa yang tidak mensyukuri nikmat bererti dia menginginkan hilangnya – Ibnu Qayyim Al Jauziy




Langit tu cantik, bukan?

Kenapa saya suka mendongak ke langit? Sebab langit tu luas dan indah. Nampak macam jauh dan terbentang hebat. Begitulah juga dengan rahmat Allah. Tapi itu hanya sebahagian sajalah. Memandang langit, seperti mensyukuri segala yang dikurniakan-Nya. Even a very small thing. Memandang langit juga membuatkan saya sedar betapa kerdil dan invisible nya saya dalam ramai manusia. Allah tak pandang harta benda awak. Allah pandang amalan. Dan amalan saya tak cukup banyak untuk dipersembahkan lagi.


Kata abah, tak semua orang bertuah dalam dunia ni. Allah datangkan bermacam-macam ujian dan dugaan untuk hamba-Nya. Mata abah mengerling ke arah anak sulungnya ini sewaktu menuturkan ayat tersebut dan saya hanya menunduk, tersenyum malu.

It’s okay. Jangan dibuka cerita lama. Rebel sikit-sikit waktu zaman muda-muda dulu, biasalah kan. Kalau tak, takdelah wujud insan seperti ini sekarang.

Kadang-kadang rasa kagum juga pada insan bergelar abah ini. Selalu sahaja mengutamakan kepentingan keluarga daripada diri sendiri dari muda sampailah sekarang. Baik sungguh abah. Sebab tula abah jadi The Legend Superhero. Dan lagu Superhero itu memang sesuai untuk abah.

Mendongak ke langit lagi. Langit hari ini sungguh cerah. Cantik. Macam manalah langit kat Dungun sekarang ni, ya? Be it bright or dark, still it is beautiful enough for me.

Dan sewaktu menghirup sup sayur, teringat pula pada ma. Sungguh, hati rasa mahu pulang tapi sabarlah. Tiga minggu je lagi, insyaAllah. Banyak betul luahan perasaan yang dikongsi bersama ma kesayangan itu. Suka, sedih, marah, kecewa, semua ma dengar dengan sabar. Kata ma, anak sulung dia ini jarang marah. Dan saya tertunduk malu lagi mendengar ungkapan itu.

Macam manala ma boleh istiqamah telefon setiap malam dengan suara cerianya itu. Dengar perkataan ‘Assalamualaikum Ain’ pun boleh buat semua masalah hari itu jatuh berkecai. Dan kami boleh berbual sehingga sejam lamanya setiap hari sampai abah pun hairan. Apalah yang kami bualkan sehingga sebegitu lama. Impian masa depan, bah. Jangan bimbang. Kami tak bergosip.

...

Kita tak boleh puaskan hati semua orang Ain dan tak semua orang sukakan kita. Tapi, selagi kita buat sesuatu tu niat kerana Allah, maka kita takkan peduli dengan apa yang orang lain fikir. Kerja tu amanah, tanggungjawabnya besar. Kalau rasa tak mampu melangkah, teruskan dengan bersyukur. Allah tak bagi apa yang kita rasa tu saja-saja. -Abah

...

Allah tahu Ain penat. Allah tahu apa yang Ain buat. Biarlah seluruh dunia tak tahu, tapi asalkan Allah tahu, semuanya akan baik-baik sahaja. -Ma


Ya, insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Amin.


Randomnya tulisan saya hari ni. Lagi random kalau saya spill out semuanya. Cukuplah sampai sini je kerandoman ini. Heh? Please bear with it. 

The more you let go, the higher you rise - Yasmin Mogahed.