Fasabrun Jamil
Simple Recipe (5th Ramadhan)
It's already 5th Ramadhan and it's getting difficult to brainstorm what to eat untuk berbuka 😁. So here is the simple recipe from me if you would like to try.

Sup Ayam (1-2 orang) - *sikit je memandangkan kitorang hanya tinggal berdua.

Bahan-bahan:

Bahan A

Bawang besar – 1 biji (mayang)
Bawang putih – 2 ulas (dihiris)
Rempah 4 sekawan – 2 biji bunga lawang, 2  biji pelaga, 2 biji cengkih, 1 batang kulit kayu manis)

Bahan B

Ayam
Air – 2 gelas

Bahan C

Sup Bunjut – 1 paket
Kiub Pati Ayam Knorr – ½ kiub
Garam – secukup rasa
Perasa – secukup rasa
Serbuk lada hitam – 1 sudu kecil

Bahan D

Kentang – 1 biji (dipotong dadu)
Daun Sup – 3 tangkai

Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak. Tumis Bahan A sehinga naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam, goreng sehingga separuh masak. Selepas itu masukkan 2 gelas air.
3. Kacau hingga mendidih.
4. Masukkan Bahan C dan kacau lagi.
5. Then, masukkan kentang yg telah dipotong. Biarkan seketika.
6. Agak-agak kentang dah empuk, masukkan daun sup.
7. Tadaaa! Dah siap.

Gambar Google sbb tak sempat snap 😉


Sambal Belacan

Bahan-bahan
      
      2 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi merah
5 tangkai cili padi hijau
Belacan – 2cm
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam

Cara-cara membuat

1. Tumbuk/blend semua cili-cili tadi bersama gula, garam dan belacan.
2. Perahkan limau nipis dan gaul.
3. Tadaa! Dah siap. 

Pun Google jugak.

So, bolehla makan dengan sup ayam tadi 😋.

Reference for photos: